- 关于我们
- Tentang Kami 1/2
- Tentang Kami 2/2
斗华新村大会堂是霹雳州怡保斗华新村的重要社区地标与公共空间,多年来不仅作为举办各类社区活动、节庆庆典、文化交流与公共会议的主要场所,也在紧急情况或灾害发生时,肩负起临时避难中心的角色,为居民提供及时的协助与庇护,充分展现其作为社区核心枢纽的重要价值。
在昌明政府的带领下,斗华新村村委会始终秉持以民为本、用心服务的理念,持续优化大会堂的管理与运作机制,并积极策划与推动各类文化、教育、体育及公益活动,包括传统节庆活动、社区关怀计划及青少年发展项目等,致力于增强社区凝聚力,促进邻里之间的互动与联系,同时弘扬优良传统价值,延续新村深厚的人文精神与独特的文化底蕴。
与此同时,大会堂现已开放予民众租借使用,以满足不同群体举办活动的需求。所有租借所获得的收入,在扣除基本营运开销、清洁费及日常维护费用后,将全数用于大会堂的维修、保养与设施提升,以及支持与推动各类民间活动的经费。这不仅确保大会堂能够长期维持良好运作与安全环境,也让社区资源得以循环利用,惠及更多居民。
未来,斗华新村大会堂将继续扮演连接社区、服务群众的重要角色,在传承与创新之间不断前行,成为一个更具活力、更有温度的公共空间,让每一位居民都能在这里找到归属感与参与感,共同建设一个和谐、进步且充满人情味的社区。
Dewan Orang Ramai Kampung Baru Tawas merupakan satu mercu tanda serta ruang awam utama bagi penduduk Kampung Baru Tawas, Ipoh. Sejak sekian lama, dewan ini bukan sahaja menjadi lokasi utama bagi penganjuran pelbagai aktiviti komuniti, sambutan perayaan, aktiviti sukan, program kebudayaan dan mesyuarat awam, malah turut berperanan sebagai pusat perlindungan sementara ketika berlakunya kecemasan atau bencana, dengan menyediakan bantuan serta tempat berlindung kepada penduduk yang memerlukan. Peranan ini jelas mencerminkan kepentingannya sebagai nadi penggerak komuniti setempat.
Di bawah kepimpinan Kerajaan Madani, Jawatankuasa Kampung Baru Tawas sentiasa berpegang kepada prinsip berkhidmat untuk rakyat dengan penuh dedikasi, di samping memperkukuh sistem pengurusan dan operasi dewan secara berterusan. Pelbagai program kebudayaan, pendidikan dan kebajikan giat dilaksanakan, termasuk sambutan perayaan tradisional, inisiatif kebajikan komuniti serta program pembangunan belia. Usaha ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kejiranan, memupuk semangat perpaduan, serta memelihara nilai-nilai murni dan warisan budaya unik yang menjadi identiti Kampung Baru.
Pada masa yang sama, dewan ini turut dibuka untuk sewaan kepada orang awam bagi memenuhi keperluan pelbagai penganjuran acara. Segala hasil sewaan yang diperoleh selepas pembelanjaan kos operasi asas, kerja pembersihan dan penyelenggaraan harian akan disalurkan semula untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan serta penambahbaikan kemudahan dewan, di samping menyokong penganjuran aktiviti komuniti. Pendekatan ini memastikan kelestarian fungsi dewan agar terus memberi manfaat kepada masyarakat secara berterusan.
Pada masa hadapan, Dewan Orang Ramai Kampung Baru Tawas akan terus memainkan peranan sebagai pusat pertemuan masyarakat yang inklusif dan dinamik, menjadi jambatan penghubung antara generasi, serta ruang yang menggalakkan penglibatan aktif penduduk. Dengan itu, sebuah komuniti yang harmoni, progresif dan penuh nilai kemanusiaan dapat terus dibina dan diperkukuhkan.
斗华新村大会堂的位置
Lokasi Dewan Orang Ramai Kampung Tawas
斗华新村大会堂内的设施
Kemudahan di dalam Dewan Tawas
Kerusi Plastik
塑料背椅
Meja
圆桌
Penyejuk Udara
冷风机
Sistem P.A.
音响系统
Skrin LED
LED屏幕
斗华大会堂拥有
多功能的公共集会空间
可以用于举办典礼、会议、演出、展览、婚宴、庆典、文化艺乐及室内运动活动或比赛。
Dewan Orang Ramai Tawas mempunyai ruang perhimpunan awam pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk upacara, mesyuarat, persembahan, pameran, perkahwinan, sambutan, aktiviti kebudayaan dan kesenian serta aktiviti atau pertandingan sukan dalaman.
论坛 Forum
场地可容纳约 300 张椅子。
Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 300 kerusi.
宴会 Jamuan
场地可容纳约 20 台圆桌子。
Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 20 meja bulat.
竞赛 Pertandingan
场地可容纳约 200 参赛者。
Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 200 peserta.
Short Heading for Testimonials Section
"We will write a hypothetical testimonial from a satisfied customer. You can replace this with actual testimonials from your clients. Testimonials are a great way to inspire potential customers to trust you."
– Testimonial Author Name
"We will write a hypothetical testimonial from a satisfied customer. You can replace this with actual testimonials from your clients. Testimonials are a great way to inspire potential customers to trust you."
– Testimonial Author Name
"We will write a hypothetical testimonial from a satisfied customer. You can replace this with actual testimonials from your clients. Testimonials are a great way to inspire potential customers to trust you."
– Testimonial Author Name
